Terma & Syarat

Draf, untuk semakan.

Siapa kami
PageKedai ialah jenama MZA Collective (202603024393), Batu Caves, Selangor. Kami bina laman jenama dan kedai WooCommerce untuk PKS.
Pakej dan harga
Harga dalam RM dan dibayar sekali bagi setiap pakej. Harga pelancaran (50% daripada harga asal): Basic RM1,245 (asal RM2,490), Intermediate RM2,245 (asal RM4,490), Pro RM3,745 (asal RM7,490). Harga pelan jaga tidak berubah. Apa yang termasuk dan tidak termasuk adalah seperti dalam sebut harga bertulis untuk projek awak. Tiada SST dikenakan kerana kami tidak berdaftar SST.
Bayaran
Deposit 50% daripada harga pakej yang dikenakan (harga pelancaran, jika terpakai) untuk mula kerja. Baki dibayar sebelum laman dilancarkan. Bayaran melalui CHIP: FPX, kad atau DuitNow QR.
Tempoh siap
Tempoh siap dikira dalam hari bekerja dari tarikh semua kandungan lengkap kami terima (dan, untuk Intermediate dan Pro, dari tarikh gateway bayaran diluluskan). Basic 10 hari, Intermediate 15 hari, Pro 25 hari bekerja.
Pindaan
Basic dan Intermediate termasuk 2 pusingan pindaan. Pro termasuk 3. Kerja di luar skop dicaj berasingan selepas awak setuju dengan harganya.
Kandungan awak
Awak bertanggungjawab atas gambar, teks dan dakwaan produk yang awak beri, termasuk kebenaran untuk guna gambar tersebut. Akaun merchant CHIP dibuka atas nama awak.
Pemilikan
Domain dan login admin laman didaftarkan atas nama awak. Selepas baki dibayar, semua login diserahkan kepada awak.
Hosting dan pelan jaga
Hosting tidak termasuk dalam harga pakej. Ia termasuk dalam pelan jaga (Basic Care RM250/bulan untuk pakej Basic, Pro Care RM450/bulan untuk pakej Intermediate & Pro, minimum 3 bulan), atau awak boleh guna hosting sendiri.
SEO
Kami sediakan asas SEO. Kami tidak menjanjikan kedudukan dalam Google atau enjin carian lain.