- Notis ini
- Notis ini dibuat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Ia terpakai kepada MZA Collective (202603024393), pemilik jenama PageKedai, Batu Caves, Selangor.
- Data yang kami kumpul
- Bila awak mesej kami di WhatsApp, Instagram atau Threads, kami terima nama, nama pengguna dan apa yang awak tulis. Untuk projek, kami juga mungkin terima nombor telefon, e-mel, nama dan alamat perniagaan, serta kandungan seperti gambar dan info produk. Selepas bayar deposit, borang di halaman terima kasih minta nama, nama bisnes, link IG/FB dan email. Bayaran diproses oleh CHIP.
- Tujuan
- Untuk balas pertanyaan, beri sebut harga, bina dan jaga laman awak, keluarkan invois dan simpan rekod perakaunan.
- Pendedahan
- Kami tidak jual data awak. Data hanya dikongsi bila perlu untuk kerja: CHIP untuk proses bayaran (kami tidak simpan butiran kad), penyedia hosting dan domain untuk laman awak, dan Meta (WhatsApp, Instagram, Threads) sebagai saluran mesej. Juga jika dikehendaki undang-undang.
- Tempoh simpan
- Data projek disimpan selagi projek atau pelan jaga aktif. Rekod invois dan bayaran disimpan selama yang dikehendaki undang-undang.
- Hak awak
- Awak boleh minta akses kepada data awak, minta kami betulkan data yang salah, atau tarik balik kebenaran untuk dihubungi. Mesej kami di saluran di bawah.
- Microsoft Clarity
- Kami guna Microsoft Clarity untuk faham cara pelawat guna laman ini (klik, skrol, heatmap dan rakaman sesi). Data diproses oleh Microsoft. Lihat Penyataan Privasi Microsoft.